Pada kali ini kami akan mempelajari mengenai sumber maklumat. sebelum itu, kita harus mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan sumber.
Definisi Sumber
Satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier dan contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.

Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.

Dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.
Format sumber maklumat
1) Cetakan
2) Multimedia
3) Elektronik
Mengapa sumber maklumat perlu diurus dengan sempurna?
Sumber Maklumat perlu diurus dengan sempurna bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat, mudah dan dapat menentukan di mana tempat menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki.
Antara institusi yang bertanggungjawab menguruskan sumber maklumat ialah:
1) Perpustakaan
2) Museum
3) Arkib
seterusnya en. Razak telah menerangkan kepada kami mengenai "Information Life Cycle".
sebelum meninggalkan kelas pada minggu ini, en.Razak telah menerangkan serba sedikit mengenai "Sistem Katalog" yang akan diperjelaskan dengan lebih lanjut pada minggu hadapan.
Katalog merupakan senarai material yang terdapat di dalam perpustakaan dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan. Katalog digunakan untuk memudahkan pencarian buku oleh pengguna mahupun pustakawan dengan merujuk nama pengarang sesebuah buku, tajuk buku mahupun subjek buku terbabit. Ia juga merujuk kepada koleksi-koleksi yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut.
Pautan Kepada Nota/Bahan Tambahan
http://btpn.moe.edu.my/btpnpp/epusatsumber/urussumber/mengenali%20sumber%20maklumat/maklumat.pdf
http://btpn.moe.edu.my/btpnpp/epusatsumber/urussumber/mengenali%20sumber%20maklumat/maklumat.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan