Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) @
Data Base Management System (DBMS)
Pada minggu ni kelas bermula pada pukul 2.30 petang... di tempat biasa...
Minggu ni kami belajar mengenai 'Database' = Pangkalan Data.
Apa itu 'Database'?
- Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.
- Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
Kelebihan SPPD @ DBMS
1. Kawalan Data Lewah (banyak)
- Data disimpan dalam satu lokasi.
2. Data sentiasa konsisten
- Data disimpan hanya sekali dan perubahan data dalam satu jadual.
3. Perkongsian data
- Data daripada pelbagai sumber disimpan di tempat yang sama.
4. Keselamatan data
- Data dilindungi daripada dicapai oleh pengguna yang tidak sah.
5. Capaian serentak
- Data yang sama dalam Pangkalan Data (PD @ DB) dicapai oleh ramai pengguna
(lokasi yang berlainan) secara serentak.
6. Ekonomikal
- Tenaga, kos, storan.
- Meningkatkan produktiviti.
Kelemahan SPPD @ DBMS
1. Kompleks
- Perisian yang kompleks dan perlukan pemahaman terhadap fungsi-fungsinya.
kegagalan memahami sistem.
2. Saiz storan yang besar
- Memerlukan satu ruang storan untuk menampung saiz SPPD @ DBMS, perisian
sistem, perisian-perisian lain.
3. Keperluan & kos perkakasan
- Bertambah
Model Data Berasaskan Rekod
1. Model Data Hierarki.
2. Model Data Rangkaian.
3. Model Data Hubungan.
Bahan bacaan tambahan...
http://www.progis.com.my/Fail_Cmat/rencana/BAB%205-PENGURUSAN%20DATA%20KOMPONEN%20ATRIBUT.pdf
Pengenalan Kepada Microsoft Acces
Bahan bacaan tambahan....
http://deckynoviar.files.wordpress.com/2008/05/microsoft-access1.pdf