Khamis, 29 November 2012

Refleksi Minggu Ke-12


Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) @
Data Base Management System (DBMS)

Pada minggu ni kelas bermula pada pukul 2.30 petang...  di tempat biasa...
Minggu ni kami belajar mengenai 'Database' = Pangkalan Data.

Apa itu 'Database'?
  • Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.
  • Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)
Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

Kelebihan SPPD @ DBMS
1. Kawalan Data Lewah (banyak)
    - Data disimpan dalam satu lokasi.
2. Data sentiasa konsisten
    - Data disimpan hanya sekali dan perubahan data dalam satu jadual.
3. Perkongsian data
    - Data daripada pelbagai sumber disimpan di tempat yang sama.
4. Keselamatan data
    - Data dilindungi daripada dicapai oleh pengguna yang tidak sah.
5. Capaian serentak
    - Data yang sama dalam Pangkalan Data (PD @ DB) dicapai oleh ramai pengguna    
      (lokasi yang berlainan) secara serentak.
6. Ekonomikal
    - Tenaga, kos, storan.
    - Meningkatkan produktiviti.

Kelemahan SPPD @ DBMS
1. Kompleks
    - Perisian yang kompleks dan perlukan pemahaman terhadap fungsi-fungsinya.
      kegagalan memahami sistem.
2. Saiz storan yang besar
    - Memerlukan satu ruang storan untuk menampung saiz SPPD @ DBMS, perisian
      sistem, perisian-perisian lain.
3. Keperluan & kos perkakasan
    - Bertambah

Model Data Berasaskan Rekod
1. Model Data Hierarki.
2. Model Data Rangkaian.
3. Model Data Hubungan.

Bahan bacaan tambahan...
http://www.progis.com.my/Fail_Cmat/rencana/BAB%205-PENGURUSAN%20DATA%20KOMPONEN%20ATRIBUT.pdf


Pengenalan Kepada Microsoft Acces
 
Microsoft Office Access, dahulunya dikenali sebagai Microsoft Access, ialah sebuah sistem pengurusan pangkalan data hubungan daripada Microsoft yang menggabungkan Microsoft Jet Database Engine hubungan dengan antara muka grafik pengguna dan perkakas pembangunan perisian. Ia merupakan anggota suit aplikasi Microsoft Office, disertakan dalam edisi Professional dan keatas atau djual berasingan. Pada tanggal 12 Mei 2010, versi terkininya, Microsoft Access 2010 telah dikeluarkan oleh Microsoft dalam Office 2010; Microsoft Office Access 2007 adalah versi sebelumnya.

Bahan bacaan tambahan....
http://deckynoviar.files.wordpress.com/2008/05/microsoft-access1.pdf
 
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan